Seorang remaja perempuan menjadi terkenal dalam sekelip mata di China apabila dia berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki 16 tahun yang tidak dikenali cuba membunuh dirinya dengan tindakan berani...mencium bibirnya.
Liu Wenxiu, 19, sedang membeli-belah bersama rakannya di pusat membeli-belah di Shenzhen, Guangdong. Dia melihat begitu ramai orang menonton seorang lelaki berdiri pada pagar jejambat yang tinggi sambil memegang pisau ke arah dadanya tetapi tiada siapa yang cuba untuk bercakap atau memjuknyanya. [Lihat video di bawah]
"Saya mahu membantu remaja itu tetapi polis tidak membenarkan saya atas faktor keselamatan. Jadi saya berbohong dan memberitahu pihak polis dia ialah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.”
"Saya terus mendekati lelaki itu dan memberitahunya saya ingin bercakap dan berbual-bual bersamanya. Lelaki itu memberitahu saya dia amat sedih kerana masalah keluarga yang porak-peranda. Saya juga dari keluarga yang bermasalah. Maka saya amat mengerti dan memahami situasi yang dihadapinya."
Liu kemudian mengejutkan semua orang terutamanya orang muda dengan melangkah lebih rapat lalu memaut tengkuknya dan memberinya ciuman maut :)
Pada masa yang sama pasukan keselamatan segera bertindak ketika lelaki itu terlena seketika hasil ciuman cinta Liu. Pegawai penyelamat terus memegang dan menarik lelaki itu ke tempat selamat.
"Cerita remaja itu amat menyentuh perasaan saya. Saya merasakan seperti saya benar-benar adalah teman wanitanya dan saya boleh membantunya," kata Liu selepas itu.
25 comments:
Pahni nk pure2 bnuh dri ar.. Mne tau ade mmat encem nk kiss..
hohoho.ada jugak eh cmni?
ni kalo push skit, lbih drpd kiss pn leh dpt ni. hehe
semoga lelaki tu dapat meneruskan hidup dengan normal lepas ni. kalau rasa gersang, boleh buat lagi.. mana tau ada gadis lain pulak datang cium. hahaha..
Saya bimbang kejadian ini akan meningkatkan lagi kejadian cubaan membunuh diri huhuhuhuh
Pemerdagangan Orang
sape2 nk bunuh diri, pls call kaja haruna k..
nnt kaja haruna bagi tamparan wanita, bukan ciuman maut... hahahahahah
BTW best.. :)
haha macammacam manusia sekarang nie, ada jugak nak selamatkan orang dengan caara macam toh? haha btw, good idea 'kot'. :D
mcm2 skang ni ye...
kalau aku tu .. nak terjun terjun la cepat..
terrbaeeekkkkkk..!! saya suka entri ini.. heheehehee
respect la kat heroin neyh..
Ahaaa jangan kat melesia ada jugak yang berangan nak bunuh diri mintak cium, mintak sepak jawapnya
PojiePooh; Hanya Satu...
pasni boleh buat banner dlu nk bunuh diri..boleh pilih calon..hahaha
pujukan dan ciuman seorg penyelamat.
dasat betol ciuman perempuan ni
hanya dengan satu ciuman perempuan....
lepas ni sape ada nak bunuh diri, calling2 taw..nk g kiss...ngeeee
ceh..mcm ni pun ada haha
ni baru btul org panggey heroin ^^
macam ni pun kiss ke @.@
wah....penangan wanita...wanita boleh membinasakan dan juga boleh membawa kejayaan :)
macam filem...
alahai.. macam filem hot star plak! mesti top top meletop punye! boleh cuba laa camni! leh jadi bintang terkenal... hahahaha
erm cre phycologi yg bgus...
Macam cerita cinta pula nih - Ah Chai
Post a Comment