Beijing - Tahun 2010 China memecah rekod dunia jualan automotif terbesar berjumlah 18.6 juta unit [32%] , hampir sama dengan jumlah penduduk Malaysia! Bulan Disember saja berjumlah 1.67 juta unit.
China mengatasi Amerika Syarikat pada 2009 menjadi pasaran kereta yang terbesar di dunia dan merupakan pasaran utama bagi pengeluar asing. GM, Ford dan Volkswagen semua mencatat rekod jualan di negara itu tahun lalu dan kini mengatasi jumlah jualan keseluruhan.Beijing memperkenalkan dasar stimulus bertujuan untuk menyokong pasaran kereta semasa krisis kewangan global.
Dengan jumlah penduduk lebih 1.5 billion tidak mustahil jika negara China mampu menguasai pasaran kereta dunia. Kuasa membeli penduduk serta pertumbuhan ekonomi China yang semakin kukuh tahun demi tahun memberi peluang rakyatnya menikmati arus pembangunan pesat setelah sekian lama negara ' naga gergasi ' ini tidur lena.
Sebagaimana Nabi Muhammad dalam hadis- hadis sahih yang bermaksud "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah dunia ini dikuasai oleh kaum bukan dari bangsa Arab tetapi kaum-kaum yang tinggal jauh dari kamu [tanah Arab], dan wajah mereka rata seperti permukaan meja."
Ternyata kini ekonomi dunia sudahpun dikuasai oleh bangsa-bangsa di timur yang wajahnya seperti digambarkan oleh Nabi Muhammad seperti bangsa Jepun, Korea, dan China.
Adakah bangsa Melayu termasuk dalam senarai kaum seperti yang digambarkan oleh Nabi Muhammad? Wajah orang Melayu ada juga yang seakan-akan bangsa China, Jepun malah orang putih dan India juga ada...he he.. minta respon anda pembaca budiman :)
9 comments:
huhu..byknye..
muka orang m'sia hanya 45% aje seperti permukaan meja..hehe
pergh banyak gile dijual.. thanx 4 da info n colgate :)
hurrmmmmm entri ni buat saye berfikir sejenak..oh dah nak akhir zaman nampaknye dunia nih.
memang penuh la jalan...huhu..
mungkin ini adalah satu petanda daripada hadis Rasulullah..
sememangnya petanda-petanda akan keluar di kala kita berada di fasa yang hampir dgn fasa kemusnahan dunia..
Salam "oram muo"...thanks ok coz share info ni...entry yam sangat bagus...ai laik dis...1 lagi, thanks jugak coz singgah mai blog tempohari..
p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "^mEmBER opiS eKsiDEN^"
Mungkin tak lama lagi China akan menjadi Kuasa Ekonomi Utama Dunia.
Payung LED
perghh!
Fuh...lagi 12 juta..sama dah degan penduduk negara kita..hehe...=_=
Post a Comment