Penghuni Rumah Panjang Kampung Mongkos, Serian Sarawak tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-53. Mereka menunjukkan semangat cinta akan negara dengan mengecat siling rumah yang diperbuat daripada buluh dengan bendera Jalur Gemilang sepanjang 80 meter sejak tahun lepas. Hari ini ketua rumah panjang Kampung Mongkos, Chief Daka Baba bersama penghuni rumah panjang ini mengecat semula Jalur Gemilang supaya nampak lebih kemas dan cantik.
'1 Malaysia Menjana Transformasi' .... ' Berani Berubah'
[foto Nik Hariff Hassan, nst]
No comments:
Post a Comment