Jakarta, Makam Habib Abdurahman bin Abdullah al Habsyi atau dikenal dengan Mbah Ali Kwitang di kawasan Jalan Inspeksi, Cikini, Jakarta Pusat, hendak dipindahkan kerana projek pembangunan apartmen di wilayah itu. Namun secara mendadak telah muncul sumber air yang membuat ratusan penduduk datang menyaksikan peristiwa aneh itu.
Warga datang bukan untuk menghalang pemindahan makam tersebut. Mereka datang kerana ingin mendapatkan air yang tiba-tiba keluar dari makam tersebut. Mereka berkeyakinan, air itu akan membawa berkat bagi kehidupan mereka dan boleh menyembuhkan berbagai penyakit.Menurut cucu dari Habib Abdurahman, Habib Muhammad Amin, peristiwa itu terjadi pada hari Isnin lepas, namun warga baru menyedarinya pada Kamis kelmarin. Soal air itu berkhasiat atau tidak, Amin mengaku tidak tahu.
Makam yang sudah berada di sekitar Cikini sejak tahun 1828 itu akan dibongkar oleh pihak projek pembangunan apartmen. Namun kerja-kerja pemindahan makam hingga kini masih ditunda kerana belum ada kesepakatan antara pihak pemaju dan pihak keluarga Mbah Ali Kwitang.
2 comments:
orang yg beriman pasti di pelihara Allah..
bahaya gak caya sgt benda tu tkt syaitan amek kesempatan dgn wat camtu..tp wallahualam kuasa Allah.
Post a Comment