Berniaga Cendol Warisan 3 Generasi 60 Tahun Masih Bertahan Sehingga Kini - orangmuo.my

Post Top Ad

Berniaga Cendol Warisan 3 Generasi 60 Tahun Masih Bertahan Sehingga Kini

Share This
Cendol..cendoi...memang sedap
Jika anda datang ke daerah Muo, jangan lupa singgah di Gerai Cendol Mamak yang terletak berhampiran persimpangan Jalan Abdullah dan Jalan Sisi, Muo. Cendol En Nasir antara yang paling sedap di bandar Muo. 
Setiap hari En Nasir mampu menjual sehingga 600 mangkuk cendol  dengan pendapatan bersih sebulan kira-kira RM 5000.00.Beliau merupakan generasi ketiga mewarisi keluarganya menjual cendol.
Menurut EN Nasir, datuknya Mohd Varusi berasal dari India merantau ke Tanah Melayu sekitar tahun 50an. Datukny membuka perniagaan cendol sejak sebelum Malaysia merdeka lagi. Kemudian diwarisi oleh bapanya, En Meerasah dan kini beliau meneruskan perniagaan warisan keluarga berusia 60 tahun.
Apabila ditanya tentang rasa  cendolnya yang lazat sehingga dikenali penduduk Muo pelbagai kaum, beliau menyatakan santan daripada kelapa terpilih serta adunan semasa menyediakan cendol perlu mengikut cara yang betul warisan keluarga amat dititikberatkan supaya rasa lazat cendol sentiasa sama. Beliau dibantu oleh dua orang pekerja melayan pengunjung gerai cendolnya. En Nasir juga mengutamakan kebersihan termasuk kebersihan peralatan, gerai dan kawasan gerai.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin B Mohd Yassin, seringkali minum cendol digerai datuknya semasa beliau bersekolah di Muo. 

Harga cendol semangkuk ialah RM1.20, tambah kacang atau pulut RM 1.50. Selain cendol beliau juga menyediakan ABC dan pelbagai jenis kuih- muih untuk para pelanggannya.

Post Bottom Ad

Pages