Sejak
dahulu, tamadun manusia berkembang memandangkan sains dan teknologi
menjadi penyumbang utama kepada perubahan hidup manusia. Sains perlu
datang dahulu sebelum teknologi merupakan 'kaedah' yang dicipta
daripada teori sains.
Hari
ini, teknologi seakan-akan menjanjikan segala-galanya kerana manusia
mencipta pelbagai inovasi untuk kegunaan mereka. Pada mulanya, manusia
mencipta sesuatu untuk mengatasi masalah dalam kehidupan mereka tetapi
keagungan sains menjadikan segala-galanya yang diimpikan,
diimaginasikan, akan muncul di depan mata.
Bayangkan,
menjelang 2050, manusia bercadang mendarat di Planet Marikh untuk
memulakan kehidupan di sana. Adakah impian itu suatu yang mustahil?
Baru-baru ini, sebuah syarikat merancang untuk mencipta keajaiban
terbaru iaitu membina hotel penginapan din angkasa lepas. Projek
berbilion-bilion dolar itu menyasarkan untuk menerima pelanggan
pertamanya pada 2012.
Arkitek
di The Galactic Suite Space Resort yang beribu pejabat di Barcelona,
Sepanyol berkata, penginapan tiga malam di hotel itu akan memakan
belanja sebanyak 3 juta euro (RM15.2 juta), termasuk bayaran untuk
kursus latihan selama lapan minggu di sebuah pulau tropika.
Jika
ia menjadi kenyataan, pengunjung dapat melihat matahari terbit 15 kali
sehari dan mengelilingi dunia setiap 80 minit. Mereka perlu memakai
pakaian khas velcro yang membolehkan mereka merangkak di bilik kediaman
masing-masing seperti Spiderman.
Ketua
Pegawai Eksekutif Galactic Suite, Xavier Claramunt yang juga bekas
jurutera aeroangkasa berkata, projek itu akan meletakkan syarikatnya
sebagai peneraju industri yang baru bermula itu dengan potensi masa
depan yang besar dan menjangkakan bahawa pelancongan angkasa akan
menjadi satu perkara biasa di masa depan.
Ia
tidak mustahil kerana pelancongan angkasa kini sedang dipromosikan
termasuk membina Spaceport. Firma pelancongan angkasa milik taikun
Britain, Richard Branson iaitu Virgin Atlantic akan menggunakan
kemudahan itu untuk membawa penumpang ke ruang angkasa sub orbit pada
harga USD200,000 (RM684,760).
Selain
itu, manusia kian menghampiri cita-citanya untuk naik ke angkasa
menggunakan lif. Lif ini berbentuk silinder yang diperbuat daripada
karbon yang kuat, kukuh dan fleksibel.
Kejuruteraan
karbon nano tiub yang merupakan sebahagian daripada nano-teknologi kini
meningkatkan keupayaan dan kekuatan material dan ini dimanfaatkan dalam
pembinaan lif angkasa yang dicita-citakan itu. Lif yang berfungsi
sebagai kenderaan elektrik ke angkasa ini bagaimanapun masih di
peringkat konsep.
Banyak
aspek perlu diambil kira termasuk sama ada ia dibina secara menegak
tetapi fleksibel atau boleh mengorbit bumi dan jaraknya mencecah
puluhan ribu batu dari tempat permulaan lif.
Meskipun
ia satu bidang masa depan bercirikan futuristik, ada laporan
menyatakan, idea ini telah disebut sejak 1960. Satu lagi bidang
nanoteknologi yang masih di peringkat konsep tetapi telah hangat
diperkatakan ialah perubatan.
Antara
applikasi nanoteknologi perubatan yang sedang dibangunkan ialah
penggunaannanopartikel untuk bertindak sebagaipembawa ubat, haba dan
cahaya atau sebatian lain ke mana-mana sel yang dituju dalam badan.
Dengan itu, misalnyaubat pesakit kanser akan terus dihantar ke sel-sel
berkenaan untuk tujuan rawatan.
Begitu
juga dengan penyakit atau kerosakan dalaman, ia dapat dirawat secara
terus dengan menghantar ubat ke sel –sel yang disasarkan. Jika
teknologi ini menjadi kenyataan,maka kaedah pembedahan mungkin tidak
lagi diperlukan dan kerosakan sel sihat mungkin dapat dielakkan.
Bayangkan,
penyakit di bawah kulit yang telah dikenal pasti dapat dirawat dengan
menggunakan ubat nanoteknologi dengan hanya menyapu di kulit luar dan
ia meresap untuk merawat sel yang disasarkan.
Sains
masa hadapan menjanjikan harapan baru dan bukan lagi khayalan dengan
pembinaan hotel bawah air. Kita biasa melihat kapal selam bergerak di
bawah air tetapi mereka yang berada di dalamnya sedang bertugas.
Kini,
manusia mahu melihat keindahan bawah air sambil bercuti bersama
keluarga. Oleh itu, hotel bawah laut kini telah dibangunkan dankosnya
mungkin mahal. Antara yang dibina ialah hotel mewah dengan biliknya
terletak 50 kaki di bawah air.
Konsep
yang dibangunkan di pulau Eleuthera, Bahamas ini seakan ingin bersaing
denga Jules Undersea Lodge, satu-satunya hotel bawah laut yang dibina
di Florida. Tetamu tidak perlu bimbang sama ada bilik mereka basah atau
berlaku perubahan tekanan. Yang menariknya,setiap bilik dibina dengan
dinding lutsinar bagi membolehkan pengunjung melihat karang yang indah
di keliling mereka.
Satu
lagi teknologi yang menarik untuk diperkatakan ialah identifikasi
gelombang radio atau RFID. Teknologi RFID sama seperti satelit dan
teknologi selular memainkan peranan penting dalan kehidupan manusia.
RFID
adalah teknologi pengesan automatik berasaskan teknologi gelombang
radio yang membolehkan data disimpan dalam peranti penerima yang
berbentuk sangat kecil dan dapat dibaca oleh alat pengesan. Penerima
atau tag RFID ini merupakan cip silikon yang dilengkapi dengan antena
bertujuan untuk menerima data yang di pindahkan daripada pemancar RFID
dalam bentuk gelombang atau frekuensi radio.
Teknologi
ini bagaikan maklumat atau data peribadi yang disimpan untuk mengenal
pasti atau mengecam individu atau produk termasuk haiwan. Bayangkan
satu cip dimasukkan dibawah kulit haiwan sebagai pengenalan dirinya
untuk memudahkan tuan punya haiwan mengesahkan ia kepunyaannya.
Begitu
juga barangan yang dijual di pasar raya, semua maklumat mengenainya
diletakkan pada cip dan dibaca di kaunter pembayaran. Ada banyak lagi
applikasi RFID dan ia seakan bersaing dengan teknologi biometrik yang
mana anda dapat dicam berdasarkan organ peribadi termasuk retina mata,
suara dan juga DNA.
Teknologi
ini antara yang dibayangkan manusia dan ini selain banyak teknologi
baru sedang dikembangkan termasuk pengklonan, berkaitan tenaga, kapal
angkasa dan pesawat pengintip tanpa pemandu yang bersaiz mikron.
Oleh LAUPA JUNUS
No comments:
Post a Comment