Harga sekotak 20 batang RM 6.40 mulai 1 Jan 2010 [ hisap rokok daun je]
KUALA LUMPUR:
Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang
apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum
Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan
Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang diwartakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan
penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara
hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum
yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.
"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang
rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05),
23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket
yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.[dipetik dpd Mstar]
2 comments:
tak lama lagi berlambak2 lah pulak rokok seludup kat malaysia ni....
diaorg tak kira, asalkan dapat berasap....
Renti2 kn lah membakar duit tu..
Haila..rokok membahayakan kesihatan lh wahai perokok2 di luar..
Post a Comment