Dalam
sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,
menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,
maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah
engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal!
Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang
menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang
lebih mulia daripada engkau."
Setelah
itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang
bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.Setelah itu Allah S.W.T
menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian
mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah
aku dan Engkau adalah Engkau.
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah
dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah
engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "
Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.Dalam kitab tersebut juga
diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa
Dalam
kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat
oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu
mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan
menjadi musnah.
No comments:
Post a Comment